Wednesday 18 December 2013

Penyebaran agama bukan Islam dikesan

Muka hadapan komik yang bertajuk Isa Al Masih Kalimatullah yang mengandungi karikatur Nabi Isa.
SHAH ALAM 17 Dis. - Kebimbangan masyarakat Islam terhadap penyalahgunaan kalimah Allah di samping terdapat agenda tersembunyi di sebaliknya ternyata benar apabila satu gerakan penyebaran agama bukan Islam secara terbuka dikesan di bandar raya ini.
Modus operandinya bukan lagi tersembunyi malah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan lelaki dan wanita di sekitar bandar raya dengan menjadikan kawasan tumpuan remaja dan pelajar sebagai sasaran mereka.
Kumpulan terbabit yang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat (AS) serta fasih berbahasa Melayu dan beberapa orang lelaki serta wanita tempatan dipercayai dari Sabah bergerak mendekati golongan muda di kawasan ini minggu lalu.
Difahamkan kegiatan itu sudah bergerak aktif sejak awal tahun ini dan mereka bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan tujuan berkenaan.
Kebenaran mengenai kegiatan itu terbongkar apabila wartawan Utusan Malaysia sendiri didekati oleh kumpulan berkenaan minggu lalu dengan membawakan penerangan mengenai beberapa konsep dalam ajaran agama tersebut seperti pengampunan dosa, syurga dan neraka.
Kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ini agak licik kerana mereka terlebih dahulu cuba bermesra dengan kelompok sasaran sebelum membawa kepada perbualan yang lebih lanjut.
Selain itu, kumpulan berkenaan turut memberikan beberapa buah buku tafsiran yang menerangkan mengenai kejadian Nabi Isa menurut kepercayaan agama tersebut. Buku-buku yang diberi itu juga mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam isi kandungannya.
Tanpa sebarang rasa bersalah, kumpulan itu menjadikan Melayu dan Islam sebagai sasaran.
Sedangkan tindakan itu menyalahi dari segi perundangan kerana sebarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam adalah dilarang sama sekali di negara ini berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
Berdasarkan perbualan dengan salah seorang ahli kumpulan itu, mereka dikatakan berada di sekitar kawasan i-City di sini untuk melakukan kegiatan itu.
Bagi menarik perhatian golongan muda, kumpulan tersebut juga mengedarkan sebuah komik berunsur agama tersebut secara percuma kepada sasaran yang ditemui.
Komik yang memaparkan mengenai kisah hidup Nabi Isa yang secara tidak langsung bercanggah dengan al-Quran turut mengandungi ilustrasi kisah kehidupan dan kewujudan Nabi Isa yang dilakarkan dalam bentuk kartun.
Muka hadapan komik itu tidak mencatatkan sumber penerbitannya namun ditulis perkataan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Penceritaan dalam komik dengan ilustrasi mengenai agama bukan Islam itu dikhuatiri dapat menjejaskan kepercayaan serta akidah umat Islam.
Selain itu, kumpulan tersebut juga menyebarkan beberapa buah buku tafsir sebuah kitab yang tertera kalimah Allah di dalamnya.
Isi kandungan dalam buku itu mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam setiap penerangan yang diberikan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131218/dn_02/Penyebaran-agama-bukan-Islam-dikesan#ixzz2noVBzLtT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 11 December 2013


22HB.DISEMBER.2013, KONVENSYEN PERKASA MALAYSIA DI KUALA LUMPUR

ARMENDRAH ABDUL RASHID
Ketua Penerangan
Wira Perkasa Sabah

Thursday 5 December 2013

Salam Jumaat, Semoga Limpah Rezeki dan rahmat Allah SWT dipermudahkan.amin.amin.amin


UTUSAN BORNEO,6.DIS.13,JUMAAT- KURSUS PENGURUSAN DAN PENGACARAAN MAJLIS.


Daripada;

YDP Kursus Pengurusan dan Pengacaraan majlis
merangkap Pengerusi Persatuan Belia Silam.Lahad Datu.Sabah

Wednesday 4 December 2013

KURSUS PENGACARAAN DAN PENGURUSAN MAJLIS
ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH
TEMPAT ; DEWAN ARENA BELIA LAHAD DATU
TARIKH ; 3HB-5HB. DISEMBER 2013

Program Pembangunan Belia Lahad Datu memilih tugasan baru iaitu (Kursus Pengacaraan dan Pengurusan majlis ). Banyak manfaat yang boleh ditimba hasil penyampaian ceramah yang membentangkan kertas kerja ini. Secara mendalam kita akan mengetahui prosedur dan protokol perjalanan majlis dan pengacaraan terbaik sekali.

Saya doakan kepada rakan-rakan belia semoga berjaya dan akan menjadi pengacara terbaik dan dapat melaksanakan majlis dengan sempurna mengikut format formal dan nun formal.


Saya juga mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta belia yang memilih dan memberi kepercayaan kepad saya bagi memegang jawatan YDP Program Pembangunan Belia Lahad Datu.

Saya akan ketengahkan pelbagai program seperti karnival Belia Lahad Datu, Gran Program dan lain-lain lagi.

Sekian terima kasih


ARMENDRAH BIN ABDUL RASHID
YDP Program Pembangunan Belia Lahad Datu
merangkap Pengerusi Persatuan Belia Silam.

Tuesday 3 December 2013


SEDEKAH RM1.00 UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN MANGSA TAUFAN HAAIYAN DI TACLOBAN, FILIFINA.

Tabung ni da pun dilancarkan di peringkat daerah kunak...sama-sama kita menyumbang dengan hanya RM1.00 sahaja.

Wahai....
Rakan-rakan Wira
Wahai...
Rakan-rakan Wirawati
Wahai....

Rakan-rakan Perkasa...sumbangan bersama demi ringankan beban mereka...

Armendrah Abdul Rashid
Ketua Penerangan
Wira Perkasa Sabah